Tuesday, April 28, 2009

Persahabatan


kawan/rakan/sahabat ???


Bg ak, smue tu lbeh krang je, yg pnting kite msti ikhlas dan jujur. Sbb dlm erti berkawan ni bnyk cabang ,contohnyer brkwn sbb ad kepentingan
seperti dri segi duit, harta bende, kemudahan dan ad jgk yg brkwn tgk pd rupa paras dan fizikal (cantek,lawa,hensem,cute,ketinggi,dll) ...

Biarlh dieorg ikhlas or x...tp kite mstilh ikhlas dari segi hati bile brkwn, walaupun kwn tu slalu skitkn ati or mmpergunakan kite...tp xyah nk masam2 muke pstu x brtegur sape tu...x elok meyh.
Lgpun kite msti pikir, kite bkannyer perfect pun ,tp kalo ad slah silap tu, mmbr tu tegur/bgtau ar. Kalo x, mcm mne nk improve kn dri ini...hehe

Bile mmbr tu baek ngan kite, kite pun snang brkwn ngan die...btol x. tak smesti nyer stiap prtolongan msti dibalas, tp sekurang2nyer berterima ksih ar atau senyum ngan biar lh ikhlas bile minta tlong..."bg ak pling ske tgk mmbr2 ak senyum (tu kn sedekah), jgn sombong, xder gne nyer".
walaupun sesetengah mmbr2 ak yg igt ak dh lpe kt dieorg sbb x pnah tnye kabar, mcm tipun or sms, itu x bermakne ak dh lpe kt korg. Ak sentiasa igt mmbr2 ak dari prmry school, scondry school, college dan rkan sekerje ak dlu, x kire die baek or jahat kt ak.
yg penting skali, ak x ske nk putus2 kwn ni...DOSA BESAR!!!...

Football of Malaysia




Kali ni ak nk cite psal bola...bola satu bola dua ,overrr........haha
bukan yg tu ar. Psal bola sepak kt Malaysia. Terus trang ak cakap, ak mmg x minat sgt nk tgk pasukan yg x der kene mengene ngan malaysia, sama ada kelab ataupun negara selain daripada kelab dari malaysia dan pasukan negara ku yg ku cinta...huh

Kelab kt malaysia ak skong Selangor ngan Kedah. kalo team luar, ak minat 2 kelab je, Real Madrid & Newcastle United ,ngan team Brazil. Bkan ak x minat team luar, tp kalo ak terlepas nk tgk match2 pnting team2 ni dlm tv or kt stadium, ak x menyesal lngsung pun. kalo x tgk pun x per. KECUALI kalo team Malaysia ak terlepas nk tgk, mmg ak menyesal x abes sudah. Sbb hati ak dh mmg jatuh cinta ngan bola sepak di malaysia, walaupun sering kali kalah, kite kne ar pijak di bumi yg nyata. ak tgk mmbr ak fanatik giler ngan team dari luar tu. Padahal dieorg x der kne mengene pun ngan psukan dieorg minat tu, nk kate die lahir kt negare tu pun bkn, nk kate die pnah gi negare tu pun bkn gk, nk kate mmber die ad maen dlm team tu pun lg lh bkan, abes tu ape sbb dieorg skong team tu mcm nk giler ???.(menjerit2, telolong2, mencarut2 dan sewaktu dgn nyer...hehe)
Smpai pagi2 bute pun snggup gi tgk, walaupun esk nyer exam ker, keje ker, kelas ker, dieorg mmg x kesah.

Ak kalo tgk pasukan Malaysia maen, setiap kali lagu negaraku berkumandang ak rse bangge dan cam nk nangis pun ad. Tp kdang2 gram gk ak tgk ad sesetengah pemain malaysia yg x nyanyi lagu negaraku...huh
ak akan tgk match malaysia or kelab malaysia maen x kira pkol bpe pun yg disiarkn dlm tv, kalo ad peluang ak akan tgk kt stadium.

Stiap kali dieorg maen, jantung ak otomatik rse gemuruh (mcm ak yg maen...hehe). GOLLLLL!!!, dgn x sengaja dan x dpt dikawal, ak akan menjerit dan bersorak gembire mcm org giler, x kira di rumah or kdai mamak, walaupun ak sorg je yg bersorak kt ctu (xder rse malu pun "bangge")...walaupun mmbr2 ak perli2 ak, ak x heran langsung.

Ak harap rkyat malaysia skong ar psukan malaysia menang ataupun kalah. Jgn ckap je lbey ,kutuk2 team negare korg sndri. Kalo x, gi brambus dri cni.....huk3
Kalo korg hebat sgt npe x dpt maen kt MAN U ker, Real Madrid ker, Sao Paulo ker, x pun kt timo leste...he3

(EXTRA)
Kalo ak jd coach malaysia, ni player yg ak akan ltak..hehe

GK : Syed Adney , Nasril Nordin , Farizal Harun

DF : Aidil Zafuan , Chun Keng Hong , Azlan Zainal , Asraruddin , Razman Roslan , Subramaniam , Mahathevan Gengatharan , Daudsu , Nazrin Baharuddin , Mohammad Amer Saidin

MF : Amri Yahya , Ahmad Aminuddin Shaharuddin , Ashaari Shamsuddin , Baddrol Bakhtiar , Norshahrul Idlan Talaha , Hardi Jaafar , Safiq Rahim , Joseph Kalang Tie , Bunyamin Omar , AmirulHadi , S.Kunalan

ST : Safee Sali , Zaquan Adha , Shakir Ali , Indra Putra , Khyril Muhymeen , Azlan Ismail


Friday, April 24, 2009

UDA Hodings Berhad




Pada 20hb april 2009, ak start praktikal utk semester akhir ak, semester 8. Ak praktikal kat sebuah syarikat yang Pengerusi nyer adlh orang bumiputera , iaitu UDA Holdings Berhad yg terletak kat BB (Bukit Bintang) ,KL . Aku ditempatkan kat department STM (seksyen teknologi maklumat) di tgkt 5. Bngnan ni ad 18 tgkt.

Ak cuti 3 hari je sblum start praktikal. Sbb exam ak abes 16hb april 2009, 3 ari sblm tarikh praktikal. Jadi, ak agak kelam kabut nk buat prsiapan mcm beli baju ,kasut kulit ,tali pinggang dan mcm2 lg. Sbenar nyer ak x ske kwsn BB ni, sbb sesak ngan org dan kete(jam). tp dh rezeki ak kt cni nk buat cmne...ak brsyukur sbb dpt syarikat ni...hehe

1st day ak keje kt cni, ak di perkenalkan kt smue staff2 dan boss2 kt department tu. Pstu ak diberi tempat yg ad pnghadang kelilingku dan ad meja/laci & sbuah Pc. Bsar gk tmpt ak ni berbnding badan ak yg kecik, terasa mcm boss plak...haha .

Spanjang beberapa hari ak kt cni, ak dh melawat smue tgkt kt bngnan ni (17tgkt). Pstu ak kne gi pasang dan tarik cable utk network. (tu mmg bidang ak pun). Tp agk pnat skit sbb kne angkt ceilling2 dan msokkn cable...smpai pnoh debu kt tangn & muke ak...hahaha

Ak gi keje naek lrt & monorail atau kdang2 naek bus rapid KL. Blek keje je msti tido. Sbb terlampau pnat. dlu time kolej kjap je wktu blaja...tp skang 8 jam ak keje dari pkol 8.15am hngga 5.15pm. wktu lunch 1pm hngga 2pm isnin smpai khamis. kalo wktu lunch ak slalu gk mkn McD kt sg.wang ,sbb time tu kan murah. hehe (lunch hour)...
Skang baru ak tau cmne keadaan org kalo keje opis hour, mmg pnat. Cmni rpe nyer time parents ak keje dlu.............sekian ^_^


At My Office

Monday, April 6, 2009

photo with a lot of memories






Ni lah ak time skolah dlu...


Ni time SPM


Ni time ak keje kt JUSCO tmn maluri ,sementara tggu result SPM...
ak keje sbg J Card assistant


Ni mse mnggu orientasi utk stdent2 bru kt asrama



Ni lah banang height ,tmpt asrama ak dlu...4km dari kolej
tu dinding kt blakng hostel...hehe

ni roommate ak mse kt hostel...2 org lg x der dlm pix, trmsok ak

Ni time ak PIP (Program Insentif Pelajar) sblum ke semester 1...
pham2 jelah

gi PD anjuran gabungan mentor mentee
madam fadilah ,sir saifudin & madam salfanora...
3h 2m dalam khemah


Annual Dinner KPTMBP...mse tu tema hari raye...
ak ngan ijad (team btr) dpt hadiah cabutan bertuah

Ni projek kelas ak utk sbjek Communication Skill II...
ktorg buat futsal tournament

Kelab Bayan (kelab kebudayaan kptmbp)
buat lawatan tgk teater putri gnung ledang kt IB (istana budaya)

bru2 ni ak terlibat dlm xplore race anjuran CS projek dak junior...
team ak dpt no.2...
malam sblom xplore race ni ak kne tahan ngan polis
kt ayer keroh sbb lesen gua dh tamat tempoh...
peace!!!

ni ktorg (kelab bayan) ad show mnari kt square one...
time tu ad derma darah...
1st pix = slepas show
2nd pix = mse latihan





Housemate ku di kptmbp 2006 - 2009...


Ni lah mmbr2 rumah ak semase ak kt batu pahat ni.....
name2 dieorg : (mengikut turutan ,yg 1st ak knal mse kt kolej hngga sterusnya)
  1. salleh (mse skolah mngah lg ak dh knal die ,same2 gi daftar kptm)
  2. alif (mse ak keje kt jusco)
  3. hafizi aka.meon (1st manusia yg ak tegur time pndaftaran ,dan die sama tarikh lahir ngan ak)
  4. haziq (mse dlm hostel)
  5. aizuddin (mse dlm hostel ,tp 1 sem je sbb die gi politeknik)
  6. hariri aka.yob (mse dlm hostel , 1stly ak tgk die mcm mat rempit , tp sbnarnyer bkan)
  7. nasrul aka.nakata (mse kt kolej ,2 sem je sbb die gi politeknik gk)
  8. amar (mse kt kolej)
  9. azmi aka.abe (mse kt kolej)
  10. syahizad (mse kt kolej , ktorg rapat sbb die dok kt area umh ak gk (KL)...)








Kami smue dh mcm adek2 bradik...bg ak ar...sbb kalo bertekak , gurau2 , perli2 , "wrestling" dan sebagainye mmg ktorg x kesah, kalo mcm kecik ati or gaduh tu , kejap je , pastu ok balik...hehe

ape2 pun kalo mmbr ak yg terase or sewaktu dgnnyer tu dgn ak ,ak mintak maaf ar ek...

lg satu , ak bkn nyer kedekut bab2 scoot ungu tu ,sbb scoot ungu tu dh mcm brang pling berharge bg ak ,sbb tu lh kenderaan ak yg 1st skali yg bli atas name ak...
mse nk dpt kn scoot tu mmg mcm2 dugaan ,spt dari segi ringgit malaysia dan ketidak sabaran ak yg x nk dgr ckp parent ak... MySpace

and then scoot tu mmg ngade2 sbb mcm problem die buat , dan beratus2 RM ak ganti dalam dan luar "awekku" itu...
bkan ape ,sbb kdang2 ak tgk mmbr ak yg x brape prihatin ttg scoot tu...mcm x kunci handle , tgglkan kunci kt moto , langgar lobang , bw melebihi had laju dan ape2 yg melebihi tahap scoot taun 1994 tu...
sesape yg terase tu ,ak x marah pun just ckp je...hehe
kalo yg ttng ak terbawa blek kunci moto tu ,mmg x sengaja k...

  • ni lah scoot ak tu, atau dikenali sbg 'PUCCAZ'...
  • Suzuki v100


Saturday, April 4, 2009

10 Perangkap Syaitan

ALLAH berfirman yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya. '' ( An-Nisa': 120-121).

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.

Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut..
Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:


1. Melalui sifat bohong dan angkuh

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)

4. Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9. Melalui sifat suka berangan-angan

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)